Ahad, 24 Jun 2012
KUIH PAU DAUN PISANG
RESEPI KUIH PAU DAUN PISANG
BAHAN DOH:
3 cawan tepung gandum or tepung blue key
3 sudu minyak jagung
1 sudu garam
1 sudu yis kering( dibiarkan dlm air suam smpi berbuih)
sedikit serbuk penaik
sedikit daun pisang yang dipotong bulat2
bahan inti:(kelapa )
1 biji kelapa parut (putih)
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit air
bahan inti kentang+ayam/daging:-
2 biji kentang(potong dadu kecil2)}digoreng
2 ketul dada ayam/daging(cincang halus)}di rebus
2 ulas bawang putih}dihiris nipis/tumbuk
3 ulas bawang merah}dihiris nipis/tumbuk
2 sudu besar cili kisar/cili boh
2 sudu besar serbuk kari
1 tangkai daun kari
garam,gula secukup rasa
cara-cara buat doh:
masukkan tepung ,garam minyak,serbuk penaik ke dalam yis yg sedang berbuih..uli sampai doh sebati.(dalam 10 minit)
pastu tutup dengan kain lembap selama 1-2 jam dan biarkan ia naik 2 kali ganda..
selepas itu uli lagi sekali sebelum bulat2 kan sebesar bola golf,
pastu canaikan setinggi 1cm dan masukkan inti
pastu buat seperti bola dan tekan bahagian bawahnya..letak daun pisang
biarkan selama 15 minit,sementara menunggu doh mengembang lagi,sediakan alat pengukus.
pastu kukus selama 15-20minit
apabila sudah masak ,makan panas2..
cara membuat inti kelapa
masukkan gula pasir,gula merah,sedikit air,daun pandan..semua masakkan bersama..letak sedikit garam(bg rasa inti lemak sedikit).
masak sampai mendidih pastu masukkan kelapa parut dan kacau sampai sebati dan inti jadi kering sedikit..
apabila masak,angkat dan sejukkan..
cara membuat inti pedas(kentang+ayam/daging)
tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari sampai wangi..kemudian masukkan cili kisar...kacau sampai sebati..pastu masukkan daging/ayam yg telah direbus tadi..kacau lagi..n then masukkan serbuk kari+air...biarkan dalam 5 minit...kmudian masukkan perasa...kacau lagi sampai inti jadi sedikit kering...pastu angkat dan sejukkan..
SELAMAT MENCUBA.....WASALAMMM.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan