Selasa, 26 Jun 2012

Khasiat Kurma

Bulan ke-9 dalam kalendar islam amat dinanti-nantikan oleh umat islam diseluruh dunia.Ia adalah bulan Ramadhan dimana wajib menjalankan rukun Islam ke-2 iaitu berpuasa.Dan pada bulan ini jugalah kita akan dapat melihat kebanjiran penjualan kurma dikedai,gerai dan pasaraya.Malah kini pengguna bukan sahaja boleh membeli kurma yang berkhasiat dan mengikut sunnah,dalam masa yang sama boleh memilih jenis kurma yang bersesuaian dengan selera masing-masing.Perbezaan kurma ini terletak pada kelembapan,tahap kesegaran,asal pokoknya dan lain-lain lagi.

Apa pun jenis kurma,semua jenis kurma tinggi dengan zat besi dan potassium.Selain itu ia juga mengandungi vitamin dan serat yang membuatkannya amat sesuai untuk pesakit anemia,sembelit dan lesu.Sebagai buah yang tinggi dengan karbohidrat ia adalah sumber tenaga yang amat bagus dan sesuai untuk meningkatkan tahap tenaga dan sesuai dimakan sebagai snek yang sihat.





Antara khasiatnya:
  • Memperkuatkan daya tahan tubuh
  • Meningkatkan stamina,daya tahan tubuh
  • Mencegah pereputan tulang (osteoporosis) sumber tenaga
  • Mempercepatkan penyembuhan dari sakit
  • Sangat baik untuk nutrisi ibu hamil,menyusui,dan pada masa merancang kehamilan
  • baik untuk pertumbuhan tulang pada anak-anak
  • meningkatkan kadar sel barah dan mencegah anemia
  • Melancarkan buang air besar
  • Kurma adalah buah berkadar serat tinggi dan memiliki sejumlah vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh manusia
  • Kurma juga memiliki kadar potasium tinggi,dua kali ganda lebih banyak dari sebiji pisang
  • buah dengan kandungan bebas sodium,kolesterol,dan tanpa lemak.
  • kurma dapat melindungi badan dari pengumpulan kadar kolesterol
  • Mencegah penyakit kanser dan jantung
  • Sesuai bagi penderita diabetes(bila tidak berlebihan)
  • Baik diberikan sebagai rawatan batuk,sakit kerongkong,demam,cirit birit,bronkitis,dan sakit perut
  • Penting untuk menjaga penglihatan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

background blog