Cendawan straw sangat popular di dalam masakan Asia. mempunyai bentuk yang agak bulat di atas.Ia warna pucat ketika muda dan agak gelap sedikit apabila matang.
Blini
Sejenis penkek orang Rusia yang diperbuat daripada batter gandum kuda dan tepung gandum. Biasanya dihidangkan dengan krim masam dan kaviar
Julienne
Menghiris sayuran dengan cara julienne iaitu 1/8 x 1/8 x 1/2 inci. Biasanya bawang,lobak merah,timun dan sayuran keras
Salsa
Sejenis sos orang Spain.Secara tradisional ia terkenal di Mexico dan diperbuat daripada tomato yang diperasakan dengan cilantro,cili dan bawang.Selain itu,ia dicampur herba segar,rempah buah-buahan dan sayura-sayuran.ia biasanya dijadikan sos pencicah.
Strudel
strudel ialah sejenis pastri yang dibaut daripan lapisan doh yang banyak dan sangat nipis dan dibuat secara gulung,kemudian dibakar sehingga warnanya bertukar coklat keemasan.Ia sangat popular di Jerman,Austria dan Eropah Tengah.Antara strudel yang paling popular ialah Strudel epal yang dicampur herba dn mempunyai rasa manis.
Bombe Glacee
Sejenis pencuci mulut Peranchis yang mengandungi lapisan-lapisan aiskrim dan serbat.Biasanya dibentukkan dengan acuan bulat.
Beri Juniper
Sejenis beri yang berwarna biru kehitaman yang beraroma.ia sejenis tumbuhan malar hijau. Beri ini juga boleh dikeringkan.
Telur Scottish
Sejenis hidangan British di mana telur direbus sehingga keras dan disalut dengan sosej.kemudian dicelup dengan telur yang dipukul dan digulungkan dengan serbuk roti. Selepas itu digoreng deep fried. Hidang panas atau sejuk.
Roti Itali
Sejenis roti Itali yang mempunyai lapisan kerak yang keras dan agak liat sedikit.ia deprbuat daripada tepung,air,yis dan garam.
Jus Lie
Sos yang diperbuat daripada stok yang dipekatkan dengan tepung jagung atau kanji.Ia sering dijadikan glis pekat.
Arugula
Sejenis sayur yang berdaun hijau gelap.Mempunyai rasa yang agak pedas dan biasanya dijadikan salad.juga dikenali sebagai rucola dan rugula.
Macaroon
Sejenis biskut yang liat dan diperbuat daripada gula,telur putih,pes badam,kacang badam.Ada juga yang mencampurkannya dengan kelapa.biasanya biskut dilapiskan dua dan diletakkan jem atau coklat ditengahnya.
Krim Mentega Itali
Sejenis aising yang sangat berkrim.diperbuat dengan cara memukul mentega sehingga meringue.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan