Rabu, 27 Jun 2012

PAJERI NENAS

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas ] dipotong bulat
  • 500 ml santan
  • 1 senduk rempah kari daging
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2sm kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang besar] dikisar
  • 3 ulas bawang putih ] dikisar
  • Garam secukup ras
Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik baunya.
  2. Masukkan rempah dan sedikit air. kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Apabila rempah pecah minyak ,masukkan sedikit air dan juga nenas.Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan santan dan juga kerisik .Kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan angkat.
Info: Pastikan rempah dibiarkan masak sehingga betul-betul garing kemudian barulah dimasukkan air dan juga nenas.

Waktu penyediaan: 15 minit
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan: Masakan Melayu
Keistimewaan: Sedap dan enak
Jenis Penyediaan: Menu utama
Jenis Masakan: lauk pauk

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:
  •  1kg Ikan kembung
  • 1/2 kg kacang bendi
  • 5 ulas bawang merah]dikisar
  • 2 ulas bawang putih]dikisar
  • 10gm belacan]dikisar
  • 3 biji cili api
  • 1 tangkal daun kesum
  • 2 keping asam keping
  • garam secukup rasa
Cara memasak:
  1. Rebus bahan kisar sehingga mendidih
  2. Apabila kuahnya sudah mendidih masukkan ikan,kacang bendi,daun kesum dan juga asam keping
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kacau sehingga sebati
  4. Apabila mendidih,angkat dan hidangkan.

Info: Penambahan belacan menaikkan rasa enak kuah asam pedas

Waktu penyediaan: 15 minit
Waktu memasak : 30 minit
Jenis hidangan: Makanan Melayu
Keistimewaan : ringkas dan mudah disediakan
Jenis penyediaan : Menu utama
Jenis Masakan: Lauk pauk

MASAK LEMAK PISANG MUDA

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang muda]dibuang kulit dan dihiris
  • 100gm ikan bilis
  • 3sm kunyit hidup]dikisar
  • 10 biji cili padi] dikisar
  • 1 batang serai]diketuk
  • 3 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa
  •  
Cara Memasak:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat
  2. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih
  3. Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup
  4. Angkat dan hidangkan.
Info: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas

Waktu penyediaan: 15 minit 
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Melayu
Keistimewaan: Ringkas dan mudah disediakan
Jenis penyediaan: Menu Utama
Jenis Masakan : Lauk pauk
Jenis acara: Kenduri
Cara memasak: Didih 

Selasa, 26 Jun 2012

Khasiat Kurma

Bulan ke-9 dalam kalendar islam amat dinanti-nantikan oleh umat islam diseluruh dunia.Ia adalah bulan Ramadhan dimana wajib menjalankan rukun Islam ke-2 iaitu berpuasa.Dan pada bulan ini jugalah kita akan dapat melihat kebanjiran penjualan kurma dikedai,gerai dan pasaraya.Malah kini pengguna bukan sahaja boleh membeli kurma yang berkhasiat dan mengikut sunnah,dalam masa yang sama boleh memilih jenis kurma yang bersesuaian dengan selera masing-masing.Perbezaan kurma ini terletak pada kelembapan,tahap kesegaran,asal pokoknya dan lain-lain lagi.

Apa pun jenis kurma,semua jenis kurma tinggi dengan zat besi dan potassium.Selain itu ia juga mengandungi vitamin dan serat yang membuatkannya amat sesuai untuk pesakit anemia,sembelit dan lesu.Sebagai buah yang tinggi dengan karbohidrat ia adalah sumber tenaga yang amat bagus dan sesuai untuk meningkatkan tahap tenaga dan sesuai dimakan sebagai snek yang sihat.





Antara khasiatnya:
  • Memperkuatkan daya tahan tubuh
  • Meningkatkan stamina,daya tahan tubuh
  • Mencegah pereputan tulang (osteoporosis) sumber tenaga
  • Mempercepatkan penyembuhan dari sakit
  • Sangat baik untuk nutrisi ibu hamil,menyusui,dan pada masa merancang kehamilan
  • baik untuk pertumbuhan tulang pada anak-anak
  • meningkatkan kadar sel barah dan mencegah anemia
  • Melancarkan buang air besar
  • Kurma adalah buah berkadar serat tinggi dan memiliki sejumlah vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh manusia
  • Kurma juga memiliki kadar potasium tinggi,dua kali ganda lebih banyak dari sebiji pisang
  • buah dengan kandungan bebas sodium,kolesterol,dan tanpa lemak.
  • kurma dapat melindungi badan dari pengumpulan kadar kolesterol
  • Mencegah penyakit kanser dan jantung
  • Sesuai bagi penderita diabetes(bila tidak berlebihan)
  • Baik diberikan sebagai rawatan batuk,sakit kerongkong,demam,cirit birit,bronkitis,dan sakit perut
  • Penting untuk menjaga penglihatan


Glosari World 3

Glosari World 2

Foie Gras

Hati yang diperoleh daripada itik yang dibiakkan dengan cara force-feed. Itik yang dibiakkan dengan kaedah ini akan dipaksa makan dalam kuantiti yang berlebihan supaya hati itik tersebut membesar lebih dari saiz normal. Foie gras merupakan salah satu makanan istimewa yang mewah.

Mirepoix
 
Kombinasi sayuran yang terdiri daripada lobak merah,bawang dan daun saderi.Kombinasi ini digunakan didalam kaedah pembuatan stok sebagai kaedah pembuatan stok  sebagai penambah aroma dan rasa.

En papillote
 
Terminologi Perancis ini merujuk kepada sejenis masakan yang melibatkan kaedah moist-heat.Makanan yang menggunakan teknik ini adalah dibalut menggunakan kertas atau foil aluminium dan dibakar didalam ketuhar.contoh makanan yang sesuai untuk teknik masakan ini adalah ayam dan ikan

Pesto
 
Sos enak yang diperbuat daripada daun selasih,bawang putih,minyak zaitun dan sedikit keju. Kesemua bahan tersebut dikisar bersama menjadikan ia suatu pes. Pesto sesuai dimakan bersama hidangan pasta,daging bakar dan ayam.

Hors d'ouevre
 
Sejenis makanan yang terdiri daripada saiz yang kecil atau one-bite size. Hors d'oeurve biasanya dihidangkan didalam dulang dan disediakan dimajlis koktel.


Bisque
 
Sup lemak yang diperbuat daripada makanan laut seprti udang.Udang ini akan direbus  dan kemudian dikirsar bersama kulitnya sehingga hancur.Pati udang ini akan digunakan sebagai bahan utama bisque ini. Kebiasaannya sup ini akan ditambahkan krim masakan untuk menjadikan teksturnya lebih pekat dan lemak.

Batter
 
Campuran asasnya terdiri daripada tepung dan cecair seperti air atau susu.Kadangkala bahan lain juga akan dicampurkan seperti telur,krim masakan,garam,gula dan lain2 mengikut kesesuaian resepi.Adunan ini kadangkala dijadikan saduran luar bahan gorengan untuk ayam atau ikan dan ia juga digunakan dalam pembuatan kek,roti,pankek dan lempeng.


Croquembouche
 
Makanan tradisi dari Britain ini merupakan menara mini yang diperbuat daripada susunan pastri choux. kemudian,menara itu dihiasi dengan fine-string yang dihasilkan daripada gula karamel.Crocombouche lazim dibuat khas untuk majlis keraian seperti perkahwinan,majlis hari jadi dan sebagainya.


Au Lait
 
Lait merupakan perkataan Perancis yang bermaksud susu.Au lait bermaksud sesuatu minuman seperti kopi atau teh  yang dihidangkan bersama susu.Contohnya cafe au lait yang bermaksud kopi susu.

Glosari World 1

Cendawan Straw

Cendawan straw sangat popular di dalam masakan Asia. mempunyai bentuk yang agak bulat di atas.Ia warna pucat ketika muda dan agak gelap sedikit apabila matang.


Blini

Sejenis penkek orang Rusia yang diperbuat daripada batter gandum kuda dan tepung gandum. Biasanya dihidangkan dengan krim masam dan kaviar


Julienne
 
Menghiris sayuran dengan cara julienne iaitu 1/8 x 1/8 x 1/2 inci. Biasanya bawang,lobak merah,timun dan sayuran keras


Salsa
 
Sejenis sos orang Spain.Secara tradisional ia terkenal di Mexico dan diperbuat daripada tomato yang diperasakan dengan cilantro,cili dan bawang.Selain itu,ia dicampur herba segar,rempah buah-buahan dan sayura-sayuran.ia biasanya dijadikan sos pencicah.

Strudel
 
strudel ialah sejenis pastri yang dibaut daripan lapisan doh yang banyak dan sangat nipis dan dibuat secara gulung,kemudian dibakar sehingga warnanya bertukar coklat keemasan.Ia sangat popular di Jerman,Austria dan Eropah Tengah.Antara strudel yang paling popular ialah Strudel epal yang dicampur herba dn mempunyai rasa manis.


Bombe Glacee
 
Sejenis pencuci mulut Peranchis yang mengandungi lapisan-lapisan aiskrim dan serbat.Biasanya dibentukkan dengan acuan bulat.


Beri Juniper
 
Sejenis beri yang berwarna biru kehitaman yang beraroma.ia sejenis tumbuhan malar hijau. Beri ini juga boleh dikeringkan.

Telur Scottish
 
Sejenis hidangan British di mana telur direbus sehingga keras dan disalut dengan sosej.kemudian dicelup dengan telur yang dipukul dan digulungkan dengan serbuk roti. Selepas itu digoreng deep fried. Hidang panas atau sejuk.


Roti Itali
 
Sejenis roti Itali yang mempunyai lapisan kerak yang keras dan agak liat sedikit.ia deprbuat daripada tepung,air,yis dan garam.


Jus Lie
 
 Sos yang diperbuat daripada stok yang dipekatkan dengan tepung jagung atau kanji.Ia sering dijadikan glis pekat.


Arugula
 
Sejenis sayur yang berdaun hijau gelap.Mempunyai rasa yang agak pedas dan biasanya dijadikan salad.juga dikenali sebagai rucola dan rugula.

Macaroon
 
Sejenis biskut yang liat dan diperbuat daripada gula,telur putih,pes badam,kacang badam.Ada juga yang mencampurkannya dengan kelapa.biasanya biskut dilapiskan dua dan diletakkan jem atau coklat ditengahnya.

Krim Mentega Itali
 
Sejenis aising yang sangat berkrim.diperbuat dengan cara memukul mentega sehingga meringue.

background blog